Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Man City belasah sporting Lisbon

    LISBON, 16 FEB – Pep Guardiola menegaskan Manchester City masih mempunyai ruang untuk diperbaiki selepas jaringan Bernardo Silva memberi inspirasi kepada kemenangan hebat 5-0 ke atas Sporting Lisbon dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara kelmarin.

    Pasukan Guardiola mempamerkan aksi membanggakan di Stadium Jose Alvalade untuk semua tetapi memastikan tempat suku akhir sebelum perlawanan kedua di Manchester pada 9 Mac.

    Riyad Mahrez membuka tirai jaringan dan Silva menjaringkan gol kedua sebelum Phil Foden menjadikan gol ketiga pada minit ke-32.

    Dengan City berada pada prestasi terbaik mereka, penyerang Portugal, Silva meledak sekali lagi ketika kembali ke tanah airnya dan jaringan Raheem Sterling melengkapkan kemenangan selepas rehat.

    City tidak tewas dalam 13 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, rentak panas yang kini merangkumi 12 kemenangan.

    Ujian sengit bakal menunggu City nanti dalam pertandingan tetapi ini adalah pernyataan hasrat penting yang akan didengari di seluruh Eropah.

    Bertekad untuk mengekalkan pemainnya, Guardiola berkata: “Perbezaan antara kedua-dua pasukan bukanlah 5-0 tetapi kami begitu klinikal. Kami menghukum mereka.

    “Kami kehilangan beberapa hantaran yang mudah. Menentang pasukan teratas di Eropah, kami akan dihukum.

    “Kami mempunyai satu lagi perlawanan untuk berada di suku akhir dan inilah yang awda mahukan. Pemain mengenali saya dan cara kami bekerja yang kami boleh lakukan dengan lebih baik. “Saya sangat gembira, tolong jangan salah faham saya, tetapi kami boleh lakukan yang lebih baik.” – AFP

    Pemain-pemain Manchester City semasa meraikan gol dalam perlawanan menentang Sporting Lisbon kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...