Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia DPMM ke-48

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Sempena Hari Puja Usia ke-48 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, beberapa kementerian dan institusi pengajian tinggi telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran dan membaca Surah Yasin secara serentak di lokasi berasingan, hari ini.

    Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan majlis serupa dihadiri Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat majlis juga timbalan pengerusi Majlis UNISSA yang berlangsung di Masjid UBD.

    Turut hadir ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz; Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Naib Canselor UTB Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman serta para tenaga akademik, pegawai dan kakitangan dari UBD, UNISSA dan UTB.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan Sunat Hajat diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran beramai-ramai dan diikuti dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    Majlis Doa Kesyukuran dan Membaca Surah Yasin sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota selaku Pro Canselor UBD, Pro Canselor UNISSA, Pro Canselor UTB yang ke-48 tahun ini merupakan majlis tahunan anjuran ketiga-tiga universiti.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang berlangsung di Masjid UBD.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa majlis yang diadakan di Surau Ad-Difa’. – Gambar serahan Kem. Pertahanan
    Pesuruhjaya PPDB semasa hadir pada majlis Doa Kesyukuran dan membaca Surah Yasin berlangsung di Surau Sementara Ibu Pejabat Polis.

    Sementara itu, majlis seumpama itu juga telah diadakan oleh Kementerian Pertahanan dan berlangsung secara serentak di seluruh surau di perkhemahan, pangkalan dan garison Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di keempat-empat daerah termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat; pemangku setiausaha tetap Kementerian Pertahanan dan seluruh peringkat kepimpinan serta warga Kementerian Pertahanan dan ABDB yang berlangsung di Surau Ad-Difa’.

    Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Imam Surau Ad-Difa’, Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh.

    Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) turut mengadakan majlis Doa Kesyukuran diselajurkan sembahyang Sunat Hajat yang bertempat di Surau Sementara, Ibu Pejabat Polis, Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya PPDB, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali. Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PPDB, Awang Sulaiman bin Alidin serta para pengarah, timbalan pengarah, para pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta kakitangan PPDB.

    Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB itu dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan Sunat Hajat serta Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, APO/Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...