Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    MASCA tawar insentif tambahan buat pemenang emas

    KUALA LUMPUR, 27 APRIL – Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) mencabar enam atletnya yang beraksi di Sukan SEA Hanoi bermula 12 hingga 23 Mei ini untuk membawa pulang pingat emas.

    Presidennya Datuk Michael Wong Meng San berkata beliau akan memberi ‘habuan’ sebanyak RM20,000 bagi setiap pingat emas yang dibawa pulang oleh atlet kanu, menyamai insentif yang diberikan kerajaan Malaysia di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

    “Saya bersedia mengeluarkan duit poket sendiri bagi menyuntik semangat atlet kami untuk memastikan kemarau pingat lebih 10 tahun dapat ditamatkan di Hanoi. “Pencapaian terbaik kita di Sukan SEA adalah pingat gangsa pada edisi Palembang 2011 menerusi acara K2 200 meter (m) lelaki yang dimenangi Hamdan Muhd dan Mohd Noh Parmin,” katanya kepada Bernama.

    Menerusi SHAKAM, atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas akan menerima ganjaran RM20,000.

    Mengenai pemenang pingat perak dan gangsa yang tidak ditawarkan sebarang insentif di bawah SHAKAM, Michael Wong berkata beliau akan menentukan imbuhan bagi pemenang itu kemudian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...