Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Masjid Kampung Pulaie adakan tahlil, Doa Arwah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Kampung Pulaie baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Arwah dan Tahlil Sekampung bagi masjid berkenaan.

    Hadir menyertai majlis itu, Pemangku Ketua Kampung Anggerek Desa dan Pulaie, Pengiran Haji Wasli bin Pengiran Haji Zohari bersama lebih 200 jemaah masjid dan penduduk kampung tersebut.

    Majlis didahului dengan bacaan surah Yasin yang diketuai oleh Haji Muhammad Nuralif bin Haji Talib diikuti dengan bacaan Doa Arwah oleh imam masjid berkenaan, Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh.

    Setiausaha AJKT, Awang Muhammad Alihan bin Abusamah antara lain menjelaskan, aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah antara institusi masjid dan kampung berkenaan selain memohon rahmat dari Allah dan mendoakan kebaikan untuk ahli keluarga dan penduduk kampung yang telah kembali ke rahmatullah.

    Haji Muhammad Nuralif semasa memimpin bacaan surah Yasin, baru-baru ini. – Gambar serahan Masjid Kampung Pulaie
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...