Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Massy, masjid mesra alam pertama Perancis

    PARIS, 8 MEI – Dikenali sebagai masjid mesra alam yang pertama di Perancis, Masjid Besar Massy satu yang unik daripada segi penjimatan tenaga dan penggunaan sumber semula jadi secara cekap.

    Masjid yang dibina di Massy, di pinggir selatan Paris, menarik perhatian ramai dengan struktur kubah kaca selain menara masjid yang sebahagian besar juga diperbuat menggunakan kaca serta tingkap dari lantai hingga ke siling, menurut Agensi Anadolu.

    Dengan dinding penebat dua lapisan, sistem pemanasan bawah lantai dan lampu LED, ia memastikan penggunaan sumber tenaga yang cekap.

    Masjid yang dirasmikan pada 2019 itu menggunakan air hujan yang ditadah bagi tujuan pembersihan dan penyiraman tumbuhan hijau.

    Bumbung masjid mempunyai salutan vegetatif menghalang kehilangan tenaga dan haba serta menghasilkan oksigen, tambahnya.

    Masjid itu menelan belanja hingga €4.5 juta (A$4.74 juta) keseluruhan dan dibina atas sumbangan umat Islam di Massy dan seluruh Perancis.

    Mahmoud Ismail, pengerusi Majlis Umat Islam di Massy, berkata pembinaan masjid itu berdasarkan ajaran Nabi Muhammad 1,400 tahun lalu dan mengambil kira prinsip ekologi dalam al-Quran.

    “Nabi Muhammad menggalakkan perlindungan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serta mengelakkan pembaziran,” kata Ismail. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...