Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Militan disyaki maut insiden berbalas tembakan

    SONGKHLA, 3 FEB – Tiga lelaki yang dipercayai anggota militan maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Chana, Songkhla hari ini.

    Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian ke-4 Pol Kol Kiattisak Neewong berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat bersembunyi empat lelaki yang mempunyai beberapa waran tangkap, kira-kira 5 pagi (waktu tempatan) hari ini.

    “Pasukan keselamatan telah menasihatkan mereka menyerah diri melalui ahli keluarga dan guru agama tetapi mereka terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan dan cuba meloloskan diri. 

    “Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui mayat mangsa di tempat kejadian. Selain itu, beberapa laras senjata api dipercayai dimiliki suspek turut ditemui di tempat kejadian,” katanya. Beliau menambah bahawa seorang lagi suspek berjaya melolos diri dan dipercayai bersembunyi di kawasan berdekatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...