Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Mohd Qayyum juara Silabur Ultra Trail

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Berbekalkan jiwa kesukanan yang kuat demi mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam, Mohd Qayyum bin Abdul Rahim tidak menyangka mampu menjulang tempat pertama bagi Kategori Lelaki Terbuka dalam Silabur Ultra Trail, Kuching, Sarawak, baru-baru ini, Sementara salah seorang peserta negara, Justina Lina turut memenangi tempat keempat setelah berjaya mengharungi larian sejauh 60 kilometer bagi Kategori Veteran Wanita dalam perlawanan tersebut.

    Menerusi perkongsian secara dalam talian bersama Media Permata, Mohd Qayyum meluahkan rasa syukur dengan segala pengalaman lariannya mengharungi kawasan Gua Silabur di negara jiran berkenaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

    “Cabaran yang ditempuhi merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, di mana kami terpaksa mendaki dan meredah keadaan bukit yang berbatu-batu besar untuk menuju ke Gua Silabur. Begitu juga cabaran melintasi anak sungai sepanjang lebih kurang 500 meter,” ujarnya.

    Tambahnya, persaingan di sana begitu sengit memandangkan para peserta dari negara-negara jiran juga tidak kurang hebatnya namun mereka bersatu untuk sama-sama menyahut cabaran tersebut secara harmoni.

    Secara keseluruhannya, lebih 20 orang peserta tanah air telah mengikuti perlawanan berkenaan yang sememangnya salah satu usaha berterusan yang bukan semata-mata kerana minat namun ia juga bagi memperkasa bidang sukan negara dari semasa ke semasa.

    Berbekalkan jiwa kesukanan yang kuat sekaligus demi mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam, Awang Mohd Qayyum tidak menyangka mampu menjulang tempat pertama bagi kategori lelaki terbuka dalam Silabur Ultra Trail, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
    ATAS & BAWAH: Cabaran yang ditempuhi pasti suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana para peserta mendaki dan meredah keadaan bukit yang berbatu-batu besar untuk menuju ke Gua Silabur.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -