Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    JS SUZUTSUKI berlabuh di Pelabuhan Muara

    Oleh Ak Zaki Kasharan 
    Gambar serahan Kedutaan Jepun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Sebuah kapal tentera laut Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun iaitu JS SUZUTSUKI telah membuat persinggahan di Pelabuhan Muara, hari ini, di mana kapal itu akan berlabuh selama tiga hari.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, seramai 230 anggota tentera laut Jepun dan 30 pegawai bertauliah menyertai pelayaran itu, di bawah pimpinan Komander Divisyen Pengiring 8, Kapten Takahiro Iigatani.

    Setibanya JS SUZUTSUKI di Pelabuhan Muara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan majlis sambutan. Semasa berada di atas kapal, Chargé d’Affaires ad interim Kedutaan Jepun, Suda Atsushi telah disambut oleh Pegawai Pemerintah JS SUZUTSUKI. 

    Mereka disertai oleh tiga pegawai dari TLDB dan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rantau ini dan cara ke hadapan untuk mengekalkan kestabilan serantau.

    Kapten Takahiro Iigatani dan Pegawai Pemerintah Pusat Latihan Tentera Laut, Awang Mohd Zouhdy bertukar-tukar cenderamata, mengesahkan hubungan rapat antara kedua-dua tentera laut.

    Lawatan Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun itu bertujuan untuk membangunkan dan memupuk pengetahuan dan kemahiran asas serta perspektif antarabangsa dan menggalakkan hubungan mesra dengan negara-negara pelabuhan.

    Sebuah kapal tentera laut Jepun, JS SUZUTSUKI telah berlabuh di Pelabuhan Muara dan akan berada di negara ini selama tiga hari. Seramai 230 orang anggota tentera laut Jepun dan 30 orang pegawai bertauliah menyertai pelayaran tersebut.
    Awang Mohd Zouhdy semasa menyambut kedatangan Kapten Takahiro Iigatani.
    Kapten Takahiro Iigatani dan Awang Mohd Zouhdy semasa bertukar-tukar cenderamata.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...