Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    NATO: Tiada tanda tentera Rusia berundur

    MOSCOW, 16 FEB – Rusia berkata hari ini ia akan mengembalikan lebih ramai tentera dan senjata ke pangkalan tentera, namun NATO mengumumkan ia tidak melihat tanda-tanda pengunduran ketika kebimbangan bahawa Moscow mungkin menyerang Ukraine masih berlarutan.

    Rusia telah mengumpul 150,000 tentera di timur, utara dan selatan Ukraine, mencetuskan kebimbangan Barat ia sedang merancang serangan. Moscow menafikan ia mempunyai sebarang rancangan sedemikian dan minggu ini berkata ia akan mengundur beberapa tentera dan senjata, walaupun tidak memberikan butiran lanjut. Dakwaan tersebut diterima dengan keraguan dari AS dan sekutunya – meskipun ia nampaknya meredakan ketegangan antara Timur-Barat.

    Hari ini, Kementerian Pertahanan Rusia menyiarkan video menunjukkan kenderaan perisai bergerak di jambatan tidak jauh dari Crimea, semenanjung Laut Hitam yang dipisahkan oleh Rusia dari Ukraine pada 2014. Sehari sebelumnya, kementerian melaporkan bermulanya pengunduran tentera selepas berakhirnya latihan tentera berhampiran Ukraine.

    Namun Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg membantah kenyataan tersebut, berkata pertubuhan tentera tidak melihat sebarang tanda Moscow sedang mengurangkan jumlah tenteranya di Ukraine.

    “Buat masa sekarang, kami belum melihat sebarang tanda-tanda pengunduran tentera Rusia,” katanya, sebelum mempengerusikan mesyuarat menteri pertahanan NATO di Brussels.

    “Jika mereka benar-benar mengeluarkan tentera, ia adalah sesuatu yang kami alu-alukan tetapi tetap perlu dilihat sama ada ia akan berlaku.” – AP

    Gambar serahan Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan kereta kebal tentera Rusia bersedia kembali ke pangkalan mereka selepas latihan di Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...