Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Parlimen Hungary lulus bidaan Finland sertai NATO

    BUDAPEST, 28 MAC – Parlimen Hungary kelmarin meluluskan bidaan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

    Hungary meluluskan permintaan negara Nordic itu untuk menyertai pakatan tentera, dengan 182 undi menyokong manakala enam menentang.

    Undian kelmarin menyaksikan 29 daripada 30 anggota NATO telah mengesahkan penyertaan Finland.

    Finland hanya menanti kelulusan Turkiye untuk menjadi ahli, lapor agensi Anadolu.

    Finland dan Sweden secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.

    Bagaimanapun Turkiye, meminta kedua-dua negara Nordic itu mengambil tindakan konkrit terhadap kumpulan pengganas seperti PKK dan Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO).

    Pada Jun, Finland dan Sweden menandatangani memorandum dengan Turkiye untuk menangani kebimbangan keselamatan Ankara.

    Diplomat kanan dan pegawai dari tiga negara itu mengadakan pelbagai mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan perjanjian tiga hala berkenaan.

    Sweden meluluskan undang-undang antikeganasan pada November lalu, dengan harapan Ankara akan meluluskan bidaan Stockholm untuk menyertai NATO.

    Undang-undang baharu itu, yang akan dikuat kuasa pada 1 Jun, akan membenarkan pihak berkuasa Sweden mendakwa individu yang menyokong organisasi pengganas.

    Awal bulan ini, Turkiye memaklumkan ia akan meluluskan proses protokol keahlian Finland di parlimen. – Bernama

    Viktor Orban (bawah kanan) berdiri selepas undian mengenai usaha Finland untuk menyertai NATO di parlimen di Budapest, Hungary pada 27 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...