Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rybakina, Sabalenka mara ke separuh akhir

    MIAMI GARDENS, AMERIKA SYARIKAT, 28 MAC – Elena Rybakina melanjutkan rentak kemenangannya kepada 11 perlawanan apabila dia menempah tempat ke suku akhir Terbuka Miami dengan kemenangan 6-4, 6-3 ke atas pemain Belgium, Elise Mertens semalam. Manakala, pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka menewaskan Barbora Krejcíkova dalam dua straight set.

    Namun, terdapat kesakitan yang dialami oleh bekas pemenang Terbuka AS, Bianca Andreescu, yang terpaksa dikeluarkan dari padang dengan kerusi roda selepas mengalami kecederaan buku lali kiri dan menarik diri dari pertandingan menentang Ekaterina Alexandrova.

    Rybakina berusaha untuk melengkapkan Sunshine Double selepas kejayaannya di Indian Wells, tetapi dia kurang gembira selepas kemenangannya.

    “Secara fizikal saya bukanlah berada pada tahap kecergasan terbaik, tetapi saya gembira kerana berjaya menang. Untuk berada di suku akhir adalah hebat dan saya harap saya akan bermain dengan lebih baik,” katanya.

    Pemain Kazakhstan itu membenarkan Mertens mematahkan servis perlawanan dalam permainan keenam set pertama tetapi kemudian dua kesilapan berganda daripada pemain Belgium itu membenarkan Rybakina bangkit dengan pantas dan kemudian dia menyerang lagi untuk mengambil set pembukaan.

    Juara Wimbledon itu mematahkan servis pada awal set kedua dan tidak pernah berpaling dan dia kini akan menentang pemain Itali, Martina Trevisan di separuh akhir. – AFP

    Aksi Elena Rybakina semasa perlawanan pusingan keempat di Stadium Hard Rock, di Miami Gardens, Florida, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...