Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemenang cabutan bulanan ke-6 promosi Perbadanan TAIB diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah mengumumkan pemenang cabutan bulanan ke-6 (1 hingga 29 Februari) bagi kempen Promosi Gemilang TAIB dan Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB, pada majlis yang berlangsung di London Hall, The Airport Mall Berakas, hari ini.

    Majlis turut menyaksikan pengumuman pemenang utama bagi Pembiayaan Pendidikan dan Pembiayaan Kenderaan Bermotor daripada Promosi Pembiayaan Gemilang sekali gus menandakan berakhirnya kempen-kempen berkenaan.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pegawai Operasi Perbadanan TAIB, Awang Mohammad Irfan bin Tajuddin.

    Pada majlis itu, 10 orang pemenang bulanan ke-6 masing-masing membawa pulang salah satu hadiah yang antaranya tiket penerbangan, barangan elektronik rumah, barangan elektronik dapur dan baucar.

    Awang Mohamad Hairuddin bin Haji Ramli pula diumumkan sebagai pemenang bagi Pembiayaan Peribadi, Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB sekali gus membawa pulang baucar perjalanan bernilai $500.

    Para pemenang cabutan bulanan ke-6 bagi kempen tersebut bergambar ramai di London Hall, The Airport Mall Berakas. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Sementara itu, pemenang utama Pembiayaan Pendidikan bagi September 2023 hingga Februari 2024 ialah Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu yang membawa pulang Macbook Air dan Perlindungan Takaful bernilai $2,500 dengan Dayang Zana binti Haji Tapau menerima hadiah sagu hati berupa baucar perjalanan bernilai $500.

    Bagi Pembiayaan Kenderaan Bermotor, hadiah utama berupa pakej perjalanan ke Turkiye / Azerbaijan bernilai $3,400 dimenangi oleh Awang Armi bin Haji Tersad dan hadiah sagu hati dimenangi oleh Awang Yusri bin Haji Ahmad yang memenangi perjalanan ke Ho Chi Minh bernilai $600.

    Ketika ditemu bual, Awang Armi melahirkan perasaan gembira dengan hadiah yang dimenangi.

    Masih berasa tidak menyangka akan menjadi salah seorang pelanggan yang bertuah untuk cabutan kali ini, beliau turut berkongsi bahawa ini merupakan kali pertama memenangi hadiah dalam mana-mana promosi yang pernah diadakan.

    “Hadiah ini akan digunakan nanti, mengikut kepada jadual waktu yang sesuai,” jelasnya.

    Kempen berkenaan dibukakan kepada orang ramai bermula 1 September 2023 hingga 29 Februari lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...