Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sambutan Hari Raya PBSM peluang erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam turut mengambil kesempatan pada bulan Syawal ini untuk mengeratkan silaturahim dengan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Knowledge Hub, Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi, hari ini.

    Majlis yang dianjurkan oleh Sekretari Jeneral dan Ketua Pegawai Eksekutif PBSM Negara Brunei Darussalam itu juga dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang turut mengambil kesempatan berkunjung ke ruang Unit National Emergency Operation Centre di persatuan berkenaan.

    Turut hadir ialah perwakilan luar negara ke Brunei termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Bangladesh, dan Korea untuk meraikan jamuan Aidilfitri bersama-sama Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam.

    Acara berkenaan merupakan peluang untuk persatuan berkenaan mengumpulkan ahli-ahli jawatankuasa, rakan korporat serta wakil-wakil dari kementerian kerajaan dan kedutaan luar negara untuk berkongsi kegembiraan.

    Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa, ketua platun dan para sukarelawan untuk meraikan semangat harmoni Hari Raya Aidilfitri.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa menghadiri majlis tersebut di Knowledge Hub, Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai semasa berkunjung ke ruang Unit National Emergency Operation Centre PBSM. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...