Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Peminat lega Wonyoung IVE ikut nasihat tambah berat badan

    Peminat anggota kumpulan IVE iaitu Wonyoung meluahkan rasa lega apabila melihat idola mereka itu menunjukkan pertambahan berat badan selepas meluahkan rasa bimbang terhadap bentuk fizikalnya yang terlalu kurus sebelum ini.

    Allkpop melaporkan, peminat berasa lega apabila Wonyoung atau Jang Won Young, 19, memuat naik foto di Instagram miliknya yang memperlihatkan penyanyi itu kelihatan lebih berisi.

    Foto berkenaan turut menerima lebih dua juta tanda suka selain 15,000 komen peminat yang rata-rata memuji penampilan terbaharunya itu.

    “Dia sangat cantik sekarang… peminat perlu berhenti beri komen tentang berat badannya.
    Wonyoung masih terlalu kurus tetapi kelihatan jauh lebih sihat dan berharap dia tidak terlalu tertekan dan mengamalkan diet seimbang,” komen peminat.

    Sebelum ini, Wonyoung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila melihat tubuhnya kurus kering ketika mempromosikan lagu After Like bersama kumpulan IVE.

    Peminat bimbang penurunan drastik itu disebabkan tekanan yang mahu melihat idola mereka dalam keadaan sempurna selain terlalu sibuk dengan jadual kerja yang padat
    sehingga tiada masa menjaga pemakanan.

    Untuk info, selebriti kpop sering menjadi perhatian peminat dan diberi tekanan untuk mengekalkan imej tertentu bagi menjaga standard kecantikan yang tidak realistik.

    Hal ini menyebabkan ramai bintang di Korea Selatan menjalani diet melampau demi mencapai standard ditetapkan. – Agensi

    Wonyoung sebelum ini dikatakan terlalu kurus. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...