Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Pencapaian pelajar terus dihargai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 75 orang pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum telah diraikan pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Mohamed Fliti.

    Pengetua SM YSHHB, Chong Li Chen dalam ucapannya berkata, majlis berkenaan adalah bagi meraikan pencapaian akademik dan bukan akademik pelajar yang diadakan sepanjang tahun. Walaupun penularan COVID-19 masih dihadapi, tambah beliau, pelajar mereka berjaya dalam akademik dan aktiviti kokurikulum dengan cukup baik.

    “Majlis penyampaian hadiah adalah bagi memotivasikan dan memberi inspirasi kepada pelajar kami untuk tabah walaupun menghadapi kesukaran,” jelasnya.

    Beliau juga berkata, di bawah kategori akademik, mereka mengiktiraf pelajar terbaik dalam setiap mata pelajaran, tiga pelajar terbaik dalam setiap kelas dan pelajar terbaik dalam setiap peringkat. Anugerah seterusnya ialah pelajar terbaik dalam CCA, yang diterima oleh Awang Abdul Sya’amil Afiq bin Awang Abdul Ja’afar.

    Pengetua SM YSHHB berkata, pelajar berkenaan telah menyertai CCA sejak Tahun 7 pada 2018, termasuk perarakan, program antarabangsa, terlibat dalam latihan dan latihan yang ketat.

    “Ini terbukti bahawa pelajar tersebut telah menjadi individu yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai potensi kepimpinan. Kemahiran kepimpinan dan kebolehpercayaan beliau telah mendorong kami untuk melantik beliau sebagai ketua pengawas untuk tahun ini,” tambah beliau.

    Beliau turut mengongsikan bahawa murid-murid Tahun 8 telah mencapai prestasi yang sangat baik dalam Peperiksaan Kemajuan Pelajar dengan jumlah rekod seramai 22 orang murid layak menyertai aliran ekspres.

    “Saya ingin mengingatkan semua murid Tahun 9 Fast dan Tahun 9 Sains bahawa mereka dikehendaki membuktikan bahawa mereka boleh mengharungi pelajaran,” ujarnya.

    Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Cemerlang Akademik tahun 2022.

    Mohamed Fliti menyampaikan trofi, sijil dan hadiah kepada pelajar semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...