Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Izzue islam sibuk galas tugas pengacara

    Sejak kebelakangan ini, wajah pelakon, Izzue Islam jarang kelihatan dalam mana-mana drama mahupun filem sehingga membuatkan peminat tertanya-tanya tentang kehilangannya.

    Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata, dia tidak menghilangkan diri sebaliknya ketika ini sibuk memenuhi undangan sebagai pengacara.

    “Saya tak hilang tapi sibuk dengan kerjaya dalam dunia pengacaraan dan disebabkan itu, saya sudah jarang berlakon.

    “Saya melibatkan diri dalam cabang baru ini kerana tidak mahu terikat dengan lakonan sahaja tetapi itu bukan bererti saya sudah tidak mahu berlakon.

    “Setakat ini saya banyak mengambil watak pembantu dan jika ada menawarkan peranan utama saya pilih mana bersesuaian kerana sedang mengutamakan kepada pengacaraan,” katanya kepada mStar.

    Izzue memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Remp-It 2 baru-baru ini.

    Selain Izzue, Remp-It 2 turut membariskan pelakon seperti Farid Kamil, Cat Farish, Niezam Zaidi dan Farez Ridzwan. Ia sedang ditayangkan di pawagam sejak 24 November lalu.

    Dalam pada itu, Izzue memberitahu pandemik COVID-19 yang melanda negara sekitar dua tahun lalu membuka pintu rezekinya dalam bidang tersebut memandangkan ketika itu tidak banyak tawaran lakonan yang datang.

    Izzue berkata, dia bermula menjadi pengacara apabila diberi kepercayaan mengendalikan sebuah program secara digital dan sejak itu banyak pihak mula mengesan bakatnya.

    “Waktu itu siapa yang berlakon langsung tidak dapat buat apa-apa disebabkan PKP dan sukar bagi kami nak survive sebab tiada tawaran.

    “Tapi waktu itu pula saya banyak tawaran bagi mengendalikan program secara digital dan sejak itu saya mula rasa yakin dan mahu lebih serius sebagai pengacara.

    “Pandemik sebelum ini ada hikmah tersendiri buat saya kerana kalau tidak saya mungkin tidak tahu boleh pergi jauh dalam bidang ini,” jelasnya. – Agensi

    Izzue Islam akui mula minat dalam bidang pengacaraan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...