Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Penempatan tenggelam muncul semula akibat kemarau

    PANTABANGAN, 26 APRIL – Sebuah penempatan yang telah berkurun lamanya ditenggelami air akibat pembinaan empangan pada 1970an telah muncul semula apabila paras air susut akibat kemarau.

    Runtuhan di tengah-tengah Empangan Pantabangan di wilayah Nueva Ecija itu menjadi tarikan pelancong, walaupun kawasan itu dilanda cuaca panas melampau.

    Sebahagian daripada gereja, penanda dewan perbandaran dan batu nisan mula timbul semula pada Mac selepas beberapa bulan ‘hampir tiada hujan’, kata Marlon Paladin, jurutera penyelia untuk Pentadbiran Pengairan Kebangsaan.

    Ia adalah kali keenam penempatan berusia hampir 300 tahun itu muncul semula sejak takungan itu diwujudkan untuk me-nyediakan perairan bagi petani tempatan dan menjana kuasa hidro.

    “Ini adalah masa paling lama ia dapat dilihat berdasarkan pengalaman saya,” kata Paladin kepada AFP.

    Paras air takungan itu telah jatuh hampir 50 meter daripada paras tinggi biasa iaitu
    221 meter, menurut laporan dari peramal cuaca negeri.

    Bulan Mac, April dan Mei lazimnya adalah yang paling panas dan kering di negara kepulauan itu, tetapi keadaan tahun ini bertambah buruk disebabkan fenomena cuaca El Nino. – AFP

    Seorang pengunjung berjalan melepasi runtuhan bandar lama Pantabangan yang tenggelam di wilayah Nueva Ecija, Filipina pada 26 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...