Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Penerbangan dibatalkan susulan pekerja mogok

BERLIN, 27 JAN – Puluhan penerbangan di Lapangan Terbang Dusseldorf, Jerman hari ini dibatalkan berikutan mogok terbaharu oleh petugas lapangan terbang.

Mogok bermula pada 3:30 pagi waktu tempatan (0230GMT) dan dijangka berlarutan sehingga awal pagi Sabtu (2330GMT Jumaat), menurut kenyataan kesatuan sekerja ver.di, lapor agensi Anadolu.

Pengendali lapangan terbang menasihatkan penumpang menyemak status terkini jadual penerbangan secara dalam talian sebelum ke lapangan terbang.

Kesatuan sekerja ver.di yang mewakili pekerja bagasi dan pengendali pesawat Aviapartner berkata syarikat itu enggan merundingkan mengenai perjanjian kolektif, pelan sosial dan bayaran pemecatan untuk ahlinya.

“Pekerja telah bertungkus lumus dan bekerja dengan berdepan situasi sukar selama beberapa dekad dan membantu syarikat membuat keuntungan.

“Sekarang syarikat enggan membayar pampasan, pekerja perlu memohon pekerjaan yang sama di lapangan terbang yang sama dengan upah yang lebih rendah dan hanya diberikan status kontrak sementara. Pekerja membantah perkara ini,” kata perunding ver.di, Marvin Reschinsky dalam satu kenyataan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -