Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penyelia pembalakan cedera diserang beruang matahari

    BANDAR PERMAISURI, 8 FEB – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diterkam seekor beruang matahari di Kampung Tok Dor, Ajil dekat Hulu Terengganu, baru-baru ini.

    Mohd Syukri Zakaria, 39, yang bekerja sebagai penyelia pembalakan berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu beliau sedang melakukan persiapan untuk memulakan kerja membaiki paip air bersama seorang rakan, sebelum terdengar suatu bunyi yang aneh.

    Katanya beberapa minit selepas itu beliau terlihat seekor beruang matahari keluar dari semak berdekatan dan mengejar serta menerkamnya sehingga beliau rebah.

    “Rakan saya berjaya melarikan diri tetapi saya tidak sempat kerana diterkam beruang tersebut. Setelah saya rebah haiwan itu menghantukkan kepalanya ke muka saya. Selepas saya tepis mukanya dengan bahu, ia terus menggigit bahu kiri saya pula sehingga berlubang.

    “Saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi dan hanya mampu melaungkan takbir. Selepas melaungkan takbir sebanyak tiga kali beruang itu secara tiba-tiba berhenti menyerang saya dan berlari kembali ke dalam semak. Saya pun berjalan kaki sejauh 20 minit ke rumah kongsi di kawasan pembalakan tempat saya bekerja untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pelong, di sini hari ini. – Bernama

    Mohd Syukri menunjukkan gambarnya dengan kecederaan ketika mendapatkan rawatan selepas diterkam seekor beruang matahari di Kampung Tok Dor, Ajil dekat Hulu Terengganu baru-baru ini, semasa ditemui di kediamannya di Kampung Pelong, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...