Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Permintaan minyak global meningkat

    PARIS, 11 OGOS – Permintaan minyak global akan naik lebih tinggi berbanding ramalan sebelumnya pada tahun ini ketika gelombang haba dan harga gas yang meningkat mendorong negara-negara beralih penggunaan bahan api untuk penghasilan tenaga, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) hari ini.

    Harga minyak telah menurun sebanyak AS$30 setong daripada tahap kemuncak pada Jun disebabkan bekalan meningkat dan ‘kebimbangan berhubung prospek ekonomi yang merudum,’ menurut agensi yang berpangkalan di Paris dalam laporan bulanan.

    Sementara itu, harga gas asli dan elektrik telah melonjak ke rekod baharu, sekali gus mendorong beberapa negara beralih kepada penggunaan minyak, kata IEA.

    “Dengan beberapa rantau mengalami gelombang haba yang teruk, data terbaharu mengesahkan peningkatan pembakaran minyak dalam penghasilan tenaga, terutamanya di Eropah serta Timur Tengah dan juga di seluruh Asia,” kata agensi.

    “Peralihan penggunaan bahan api juga berlaku dalam industri Eropah, termasuk sektor penapisan minyak,” menurut IEA, yang menasihat negara maju mengenai dasar tenaga.

    Hasil daripada laporan itu, IEA menambah ramalan permintaan sebanyak 380,000 tong sehari.

    Permintaan kini dilihat meningkat sebanyak 2.1 juta tong sehari (bpd) kepada 99.7 juta bpd pada 2022. Ia akan mencedah 101.8 juta bpd pada 2023, melebihi jumlah sebelum COVID.

    IEA berkata hantaran minyak Eropah sedang dirangsang oleh ‘permintaan luar biasa’ untuk penghasilan minyak pemanas dan tenaga serta dalam sektor perindustrian.

    Laporan itu keluar ketika Kesatuan Eropah merancang memotong penggunaan gas di seluruh 27 blok negara sebanyak 15 peratus yang berkuat kuasa pada Selasa lalu. – AFP

    Seorang pemandu mengisi tangki minyak di stesen di Saratoga, Wyoming. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...