Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Piala FA milik The Reds, masih buru dua trofi

    LONDON, 15 MEI – Jurgen Klopp menyeru pemainnya untuk memberikan usaha terakhir bagi merebut empat piala selepas mereka berjaya menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala FA untuk mengekalkan harapan untuk mencipta sejarah.

    Pasukan Klopp menang 6-5 dalam penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 0-0 yang mendebarkan selepas masa tambahan di Wembley.

    Kostas Tsimikas menjaringkan penalti penentu selepas Alisson Becker menyelamatkan percubaan Mason Mount, sekali gus mencetuskan keraian meriah daripada pengurus Liverpool Klopp dan pemainnya.

    Setelah menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Liga pada Februari lalu, Liverpool kekal dalam saingan untuk menjadi pasukan Inggeris pertama memenangi kesemua empat trofi utama dalam satu musim.

    The Reds akan bermain menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Paris pada 28 Mei dan masih mempunyai peluang untuk mengejar pendahulu Liga Perdana, Manchester City.

    Liverpool ketinggalan tiga mata di belakang City dengan berbaki dua perlawanan.

    Harapan bagi memburu gelaran yang keempat bagi The Reds mungkin terpadam kelmarin selepas Mohamed Salah dan Virgil van Dijk terpaksa dikeluarkan semasa perlawanan disebabkan kecederaan.

    Kemenangan pertama Liverpool dalam Piala FA sejak 2006 amat bermakna buat Klopp, yang memberi penghormatan kepada pemainnya kerana menandingi persembahan Chelsea selepas kempen yang panjang.

    Ia adalah satu lagi kekalahan teruk di Wembley bagi Chelsea, sama seperti yang mereka lakukan pada perlawanan akhir Piala Liga, mengasak Liverpool sehingga ke penghujung namun gagal memberikan penyudah baik. – AFP

    Reaksi Kostas Tsimikas (tengah) bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan penalti kemenangan semasa perlawanan akhir Piala FA Inggeris kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...