Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Greece diuji positif

    ATHENS, 14 MAC – Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis hari ini berkata dia diuji positif COVID selepas pulang daripada perjalanan ke Turki.

    “Ujian pantas harian di pejabat menunjukkan keputusan positif COVID,” kata Mitsotakis dalam hantaran Instagram.

    “Saya akan mengisolasi diri di rumah dan kerja dari sana… Saya sudah pasti akan sihat dan akan balik ke pejabat tidak lama lagi,” katanya yang berusia 54 tahun.

    Mitsotakis, yang menerima vaksin lengkap dan penggalak, pada Ahad lalu melawat Turki dan dijemput makan tengah hari oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di rumah agamnya di tebing Bosphorus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda