Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Presiden Sri Lanka disyaki larikan diri

    COLOMBO, 11 JULAI – Presiden Sri Lanka telah diterbangkan ke pangkalan udara dekat lapangan terbang antarabangsa utama hari ini, kata para pegawai, meningkatkan spekulasi yang dia akan melarikan diri ke luar negara.

    Gotabaya Rajapaksa berusia 73 tahun itu berlindung di sebuah kemudahan tentera laut, kata pegawai pertahanan tertinggi, sebelum dibawa ke pangkalan udara Katunayake – yang berkongsi pagar dengan lapangan terbang Bandaranaike.

    “Dia dan rombongannya diterbangkan balik ke Colombo menggunakan dua helikopter Bell 412,” tambahnya.

    Belum ada pengumuman dari pejabat presiden tentang keberadaannya, namun beberapa laporan membuat spekulasi dia dijangka akan berlepas ke Dubai lewat hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...