Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Program PLD tingkat kemahiran komunikasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 25 JAN – Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik untuk kemajuan organisasi, 91 kakitangan awam dalam bahagian II, III, IV dan V yang bertugas di Daerah Tutong dan Daerah Belait telah mengikuti Program Outreach Pembelajaran Luar Daerah (PLD).

    Pemangku Penolong Pengarah Institut Perkhidmatan Awam dan Pegawai Latihan Kanan, Hajah Dayang Maimunah binti Haji Awang Hussin semasa berucap pada pembukaan program itu, antara lain menjelaskan bahawa program berkenaan akan dapat meningkatkan motivasi untuk meningkatkan produktiviti di jabatan masing-masing.

    “Institut Perkhidmatan Awam (IPA) berharap dengan mengadakan PLD seumpama ini akan dapat membantu dalam pengurusan kerja melalui hubungan jaringan kerja dalam kalangan warga perkhidmatan awam dengan menerapkan nilai-nilai murni,” jelasnya.

    Program PLD yang berlangsung sehingga 25 Januari berkenaan adalah salah satu inisiatif Kluster Pengurusan sebagai salah satu pendekatan outreach bagi mendedahkan latihan kepada warga perkhidmatan awam di luar daerah.

    Dengan adanya pendekatan itu, ia dihasratkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya memiliki kebolehan dan kaedah yang efektif untuk meningkatkan produktiviti dan membawa perubahan dalam organisasi.

    Antara kakitangan awam yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan semasa program tersebut. – Gambar serahan SEL
    Pegawai dari Institut Perkhidmatan Awam memberikan taklimat kepada para peserta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...