Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Puluhan pengsan kebocoran bahan kimia di kilang daging

    NEW DELHI, 29 SEPT – Puluhan pekerja tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital selepas insiden kebocoran bahan kimia di sebuah kilang pemprosesan daging di India hari ini, kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh dua hari.

    Menurut polis, pekerja mengadu sukar bernafas dan pengsan selepas paip yang menyalurkan ammonia pecah dan mencemarkan bahagian dalam kilang dengan asap beracun di bandar utara Aligarh.

    “Sekurang-kurangnya 55 pekerja, kebanyakannya wanita, dikejarkan ke hospital akibat kebocoran itu dan kebanyakannya sudah pengsan,” seorang pegawai polis tempatan memberitahu AFP.

    Anggota kecemasan bergegas ke kilang terbabit dan berusaha menghentikan gas toksik itu daripada merebak. Polis berkata, kilang itu ditutup buat sementara waktu dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...