Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Taktik halus strategi Israel gagalkan misi FFC

    ISTANBUL, 26 APRIL – Memberikan alasan yang tidak masuk akal selain menggunakan taktik halus menjadi strategi rejim Israel bagi memastikan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza tidak terlaksana.

    Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Dr Fauziah Hasan, berkata tekanan demi tekanan juga akan terus diberikan dalam usaha menggagalkan pelayaran ini.

    FFC dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan misi pelayaran Break The Siege: Mission To Gaza 2024 yang dirancang untuk berlepas hari ini akan ditangguhkan lagi, berikutan tekanan dari rejim Zionis supaya lesen pendaftaran sebuah kapal utama dalam misi itu, Akdeniz, ditarik balik.

    FFC menyatakan Israel sedang memberi tekanan kepada Republik Guinea Bissau supaya menarik balik pendaftaran atau lesen Akdeniz (Mediterranean).

    Ini mencetuskan satu permintaan untuk pemeriksaan tambahan, dari negara kapal itu didaftarkan, sekali gus menangguhkan pelayaran seperti yang dirancang, katanya.

    Berkongsi pengalamannya, Fauziah berkata menerusi misi sama yang disertainya dahulu yang berlepas dari Barcelona, Sepanyol, juga berdepan masalah dokumentasi yang remeh hasil daripada campur tangan rejim Zionis.

    Setiap kali memang tekanan daripada Israel akan berlaku pada awal permulaan pelayaran bagi menggagalkan misi, katanya.

    “Saya ingat dulu masa kami keluar dari Pelabuhan Barcelona tu kami diarahkan pergi ke pelabuhan yang lain untuk mendapat kelulusan keluar ke perairan antarabangsa.

    Mereka minta insurans asli kami yang dikeluarkan daripada Amerika Syarikat (AS) dan tidak mahu yang berada di dalam telefon atau salinan,” katanya. – Bernama

    Pekerja menyediakan barang-barang hantaran dari FFC semasa ia berlabuh di pelabuhan Tuzla, berhampiran Istanbul pada 19 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...