Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Putera William iktiraf pemenang Hadiah Earthshot

    BOSTON, 4 DIS – Putera William mengiktiraf individu yang membawa pembaharuan dalam perubahan iklim pada satu majlis gilang-gemilang di Boston pada Jumaat.

    Waris kepada takhta Britain itu menganugerahi lima usahawan dengan geran bernilai AS$1.2 juta setiap seorang sebagai sebahagian daripada inisiatif Hadiah Earthshot untuk menyokong usaha menyelamatkan planet daripada pemanasan iklim.

    Annie Lennox dan Chloe x Halle adalah antara penyanyi yang mengadakan persembahan di Dewan Muzik MGM Boston. Pelakon, Rami Malek dan bekas pemain bola sepak, David Beckham menyampaikan anugerah kepada pemenang manakala ahli alamiah dan penyampai televisyen British, David Attenborough dan aktres Cate Blanchett adalah antara para hakim pada majlis tersebut.

    Pemenang termasuk firma pemula yang menyediakan dapur pembakaran bersih kepada wanita di Kenya dan syarikat Britain yang mencipta pembungkusan terbiodegradasikan daripada tumbuhan laut.

    “Saya percaya penyelesaian Earthshot yang awda saksikan pada malam ini membuktikan bahawa kita mampu mengatasi cabaran terbesar planet. Dan dengan memberikan sokongan kepada mereka, kita boleh mengubah masa depan kita,” beritahu William kepada para hadirin.

    Lawatan tiga hari pasangan diraja ke Boston itu menumpu pada alam sekitar, ketika mereka membincangkan kenaikan paras laut dengan pegawai tempatan selain mengunjungi sebuah makmal yang mengkhusus dalam teknologi hijau. – AFP

    Putera William dan Catherine tiba pada majlis penyampaian Hadiah Earthshot 2022 di Perpustakaan Presiden John F Kennedy dan Muzium di Boston, Massachusetts pada 2 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...