Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rahm bersinar di WGC Match Play

    LOS ANGELES, 24 MAC – Pemain nombor satu Jon Rahm mencatat permulaan lancar pada kejohanan WGC Dell Technologies Match Play di Texas semalam, meraih kemenangan ke atas pemain Colombia Sebastian Munoz.

    Rahm, membina momentum Masters pada kejohanan minggu ini di Kelab Country Austin di Texas, bangkit daripada defisit awal untuk mencatat kemenangan 4&2.

    Munoz telah mendahului awal, mencatat kelebihan satu mata dengan birdie di lubang par empat ketiga, sebelum Rahm membalas dengan satu birdie di lubang keempat.

    Pemain Colombia itu seterusnya membenam satu birdie di lubang ke-12 sebelum memukul birdie 30 kaki di lubang ke-13 untuk mengumpul tiga mata tambahan.

    Satu birdie di lubang ke-16 mengesah kemenangannya.

    Aksi Jon Rahm memukul dari bunker di lubang ke-16 semasa hari pertama Kejohanan Dell Technologies Match Play di Kelab Country Austin di Austin, Texas pada 23 Mac. – AFP

    “Ia merupakan pusingan yang baik,” kata Rahm. “Ia bukan tanpa stres, tetapi mungkin lebih teratur. Saya tidak melaku banyak kesilapan, pada keseluruhannya pusingan golf yang menyeronokkan.”

    Kesemua 64 pemain untuk kejohanan minggu ini dibahagikan kepada 16 kumpulan yang terdiri daripada empat pemain untuk fasa round robin, dengan setiap pemain memenangi satu mata untuk kemenangan perlawanan, setengah mata untuk seri dan sifar untuk kekalahan.

    Pemenang 16 kumpulan akan mara ke pusingan knockout pada Sabtu.

    Sementara itu, dalam perlawanan pusingan awal lain, pemain pilihan kedua Collin
    Morikawa mencatat kemenangan 2&1 ke atas pemain Scotland Robert MacIntyre.

    Pemain nombor dua Morikawa berasa tidak puas hati dengan prestasinya namun akhirnya berasa lega berjaya menang.

    “Ia adalah hari yang sungguh pelik,” kata Morikawa. “Saya rasa saya bermula dengan amat baik, seterusnya saya membuat banyak kesilapan.

    “Kadangkala awda bernasib baik dan itulah yang baiknya dengan format ini, awda boleh mencatat skor yang teruk, namun masih dapat melepaskan diri dan meneruskan perlawanan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...