Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Ramah mesra Aidilfitri erat ukhwah persaudaraan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Agama Kawasan Brunei I, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Mahligai Al Barakah Ballroom, Mid Valley, Kampung Salambigar hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pengarah (Institusi Pengajian) Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Hajah Mariana binti Haji Jamil.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Haji Lakim @ Md Izzuddin bin Haji Lakat.

    Majlis dilanjutkan dengan ucapan daripada guru besar Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga selaku pengerusi majlis, Awang Azmerul bin Haji Haris.

    Beliau menyatakan bahawa Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri itu adalah salah satu kegiatan sosial dan keagamaan yang bermakna, bertujuan untuk memeriahkan lagi perayaan Hari Raya dan memperkukuhkan hubungan di kalangan pegawai, guru, dan kakitangan sekolah agama Kawasan Brunei I bagi tahun 1444H/2023M.

    Objektif utamanya adalah untuk mempererat hubungan silaturahim dan memperkuat ikatan persaudaraan dalam kalangan umat Islam.

    Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan khas Hari Raya Aidilfitri oleh guru-guru lelaki dan perempuan sekolah agama Kawasan Brunei I, serta diadakan juga cabutan nama bertuah untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Guru-guru sekolah agama Kawasan Brunei I bergambar ramai pada majlis sambutan yang berlangsung di Mahligai Al Barakah Ballroom, Mid Valley, Kampung Salambigar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...