Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Ribuan pengembara terkandas akibat masalah teknikal

    MANILA, 1 JAN – Ribuan pengembara terkandas di lapangan terbang Filipina hari ini selepas ‘sistem perhubungan tidak berfungsi’ di hab paling sibuk di Manila sehingga memaksa beratus-ratus penerbangan dibatalkan, ditunda atau dilencongkan.

    Pihak berkuasa penerbangan mengesan ‘masalah teknikal’ pada waktu pagi yang melibatkan pusat pengurusan trafik udara di lapangan terbang domestik dan antarabangsa Manila.

    Kejadian berlaku ketika ramai orang mula kembali ke ibu kota untuk bekerja dan bersekolah selepas cuti sempena Hari Natal dan Tahun Baharu.

    Berlaku kekecohan di kaunter-kaunter pendaftaran di seluruh negara selepas beribu-ribu orang cuba menempah semula tiket atau mencari waktu berlepas penerbangan mereka.

    Mereka yang sudah memasuki pesawat sebelum glic diumumkan terpaksa menunggu selama berjam-jam kemudian diarah untuk turun daripada pesawat.

    Para penumpang menunggu maklumat mengenai pembatalan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy, Manila.- AFP

    Pegawai lapangan terbang tidak mengesahkan secara jelas punca masalah itu, tetapi syarikat tambang murah Cebu Pacific berkata ia telah diberitahu bahawa ia berpunca daripada ‘terputus bekalan elektrik dan sistem komunikasi tidak berfungsi’.

    Pihak berkuasa lapangan terbang berkata sistem pengurusan trafik udara sebahagiannya dipulihkan pada 4 petang dan penerbangan mula berlepas dan mendarat di Manila.

    “Menunda dan melencongkan penerbangan hanya merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penumpang, kru dan pesawat,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina.

    Lebih daripada 280 penerbangan keluar dan masuk Manila dibatalkan, dilencongkan atau ditunda, dan menjejaskan kira-kira 56,000 orang penumpang. Pengembara yang terkandas meluahkan kemarahan mengenai kerosakan dan kurang maklumat diberikan oleh kakitangan di lapangan terbang.

    Seorang wanita yang sepatutnya terbang ke Singapura berkata dia menghabiskan masa berjam-jam duduk di dalam kapal terbang.

    Dia dan penumpang lainnya kemudiannya diarah untuk turun daripada pesawat dan ditawarkan bilik hotel.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...