Wednesday, May 1, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Rumah terbakar ragut nyawa ibu, tujuh anak

    CHARLY-SUR-MARNE, PERANCIS, 6 FEB – Seorang ibu dan tujuh anaknya berusia dua hingga 14 tahun maut hari ini selepas pengering rosak mencetuskan kebakaran di rumah mereka di timur Perancis, kata pihak berkuasa.

    Kebakaran, yang paling teruk membabitkan kanak-kanak di Perancis dalam satu dekad, meletus sejurus tengah malam di rumah keluarga di bandar Charly-sur-Marne, kira-kira 80 kilometer dari timur Paris di rantau Champagne.

    Ibu dan anaknya sesak nafas akibat asap hitam yang menyelubungi rumah mereka ketika mereka terperangkap di loteng, beritahu pendakwa tempatan Julien Morino-Ros kepada AFP.

    Kebakaran dipercayai berpunca daripada pengering pakaian yang rosak di tingkat bawah rumah, katanya.

    Jiran menghubungi jabatan bomba untuk melaporkan kebakaran sebelum pukul 1 pagi.

    Suami wanita itu, bapa kepada tiga anaknya, mengalami luka bakar teruk dan dipindah ke sebuah hospital.

    Dia diselamatkan oleh seorang anggota bomba yang tinggal berhampiran dan sempat menyelamatkannya sebelum rakannya tiba.

    Kanak-kanak termasuk lima perempuan dan dua lelaki. Mereka meninggal dunia akibat keracunan asap. – AFP

    Gambar menunjukkan rumah terbakar di Charlu-sur-Marne, utara Perancis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...