Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Rusia lancar latihan peluru berpandu

    MOSCOW, 18 FEB – Presiden Vladimir Putin akan menyelia satu latihan tentera esok yang membabitkan ‘kuasa strategik’ Rusia yang akan termasuk pelancaran peluru berpandu balistik, kata kementerian pertahanan.

    Berita latihan tersebut keluar ketika Rusia mengumumkan pengunduran tentera di Ukraine, tindakan yang telah menimbulkan kebimbangan di Barat – terutamanya Washington – bahawa Moscow merancang melancarkan serangan tidak lama lagi.

    Putin sendiri akan menyelia ‘latihan kuasa pencegah strategik di mana peluru berpandu balistik akan dilancarkan,’ kata kementerian pertahanan hari ini.

    Tentera udara, unit daerah tentera selatan, serta unit utara dan armada Laut Hitam akan terbabit, katanya.

    Kremlin memberitahu wartawan pelancaran peluru berpandu balistik merupakan ‘proses latihan yang diadakan secara tetap.’

    “Semua butir-butir telah diumumkan sebelum ini,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, enggan menjawab sebarang soalan atau isu mengenai latihan.

    Ketegangan di antara Barat dan Rusia berhubung krisis Ukraine dan keselamatan Eropah telah diburukkan lagi oleh latihan tentera besar-besaran berhampiran sempadan Kyiv dan juga di Belarus baru-baru ini.

    Walaupun Rusia telah mengumumkan sebahagian daripada tenteranya telah dikeluarkan dan pulang ke pangkalan tetap, Barat berkata ia tidak melihat berlakunya sebarang pengunduran. – AFP

    Gambar fail serahan Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan peluru berpandu balistik dilancarkan dari fasiliti Plesetsk di barat laut Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...