Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Hun terpesona gaya bintang K-Pop

    Mahu lari daripada kebiasaan gaya dan karakter dibawa, pelakon Hun Haqeem sanggup mengubah penampilan diri.

    Pilihannya, tentulah gaya serta pesona bintang K-Pop. Menerusi watak Dini dalam drama Ulya & Dini terbitan Global Station itu, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy berkata, penampilan bintang K-Pop menjadi rujukannya.

    Bukan mahu meniru, sebaliknya, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Cari Aku Di Syurga itu menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi.

    Hun berkata, dia tiada niat meniru gaya bintang K-Pop, namun, ia berlaku secara kebetulan tanpa dirancang.

    “Watak Dini digambarkan lelaki ‘bad boy’. Jika ikutkan skrip, karakter seperti lelaki dingin dan tiada perasaan. Namun, di sebaliknya jiwanya agak beremosi.

    “Saya nak cuba jadi lelaki ‘bad boy’, namun, rupa macam tak menjadi sangat. Nak jadikan cerita, pereka rambut mencadangkan saya kerinting rambut.

    “Ini kerana rambut saya biasanya lurus, jadi, saya cuba ubah penampilan diri. Nyata, percubaan ini menjadi dan kekal dalam drama,” katanya kepada media.– Agensi

    Mahu lari daripada kebiasaan gaya dan karakter dibawa, pelakon Hun Haqeem sanggup mengubah penampilan diri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...