Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Schmeichel sertai Nice

    LONDON, 4 OGOS – Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel menyertai kelab Ligue 1 Nice selepas mengharungi karier gemilang bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

    Sepanjang 11 tahun bersama The Foxes, pemain 35 tahun itu berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Perisai Komuniti. Kapten Leicester itu juga mencatat 479 penampilan dan ketiga terbanyak dalam sejarah kelab.

    Dia menjadi tonggak kejayaan Leicester dalam memenangi Liga Perdana Inggeris 2015-16 dan kejuaraan sulung Piala FA pada tahun 2021.

    Pemain Denmark itu, anak kepada bekas penjaga gol legenda Manchester United Peter Schmeichel, menyertai Leicester dari Leeds pada tahun 2011 dan menjadi kegemaran peminat.

    Pengerusi Leicester Aiyawatt Srivaddhanaprabha menghargai sumbangan Schmeichel dengan berkata: “Sepanjang pembabitannya bersama kami, terutama sebagai kapten dan penolong kapten, Kasper sentiasa tampil sebagai pemain bertanggungjawab, memimpin pasukan dengan cemerlang.

    “Pengaruh dan kepemimpinannya di dalam dan luar padang menunjukkan kualitinya sebagai pemain profesional, pemain bola sepak dan seorang individu.

    “Saya tahu penyokong Leicester City juga menghargai sumbangan Kasper dan akan bersama-sama saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya di Perancis dengan OGC Nice.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...