Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sek. PGGMB Sungai Akar sambut Aidilfitri dengan meriah

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriah diraikan dengan seramai 270 orang murid dan guru Sekolah PGGMB Sungai Akar menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Turut hadir serta sama-sama meraikan majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung PGGMB dan Jawatankuasa Tadbir PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Akar, Haji Ali @ Mustapa bin Haji Talip berkata bahawa antara tujuan utama majlis berkenaan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para pelajar, guru-guru dan Jawatankuasa Tertinggi PGGMB.

    Di samping itu, ia juga memupuk rasa kegembiraan dan kesyukuran kepada para pelajar setelah mengharung cabaran dan dapat menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

    Majlis diserikan dengan persembahan lagu-lagu Hari Raya dalam kalangan murid mengikut kelas-kelas dan guru serta persembahan pakaian tercantik dalam kalangan murid.

    Haji Mustapa bergambar-ramai dengan murid serta guru Sekolah PGGMB Sungai Akar pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...