Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sentiasa kemas kini aplikasi BruHealth

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Orang ramai yang telah mendapat keputusan ujian pantas antigen (ART) yang positif diingatkan untuk memuat naik keputusan ujian tersebut ke dalam aplikasi BruHealth mengikut protokol kesihatan yang sedia ada.

    Peringatan tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Sementara itu, kes-kes dan kontak-kontak terdekat juga diingatkan untuk mengemas kini status kesihatan masing-masing melalui self-triage survey pada aplikasi BruHealth sepanjang tempoh kuarantin mereka,” kata Yang Berhormat Dato lagi.

    Menurutnya, ia adalah untuk membolehkan Kementerian Kesihatan mengurus dan memantau kesihatan pesakit dengan lebih baik dan efisien.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...