Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sepanyol keluarkan rakyat dari Ukraine

    MADRID, 25 FEB – Sepanyol berkata hari ini mereka telah memindahkan kira-kira 100 rakyatnya keluar daripada Ukraine, termasuk dutanya ke negara itu dan kakitangan diplomatik yang tinggal kerana pencerobohan tentera Rusia.

    “Kakitangan terakhir kedutaan Sepanyol yang tinggal akan pergi meninggalkan” Kyiv termasuk duta,” Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares (gambar-AFP) memberitahu televisyen swasta, Antena 3.

    Mereka telah dipindahkan bersama-sama dengan konvoi kira-kira 100 warga Sepanyol, yang terpaksa meninggalkan Kyiv kerana keadaan keselamatan yang merosot, tambahnya.

    Dengan operasi ini terdapat hanya sekitar 100 warga Sepanyol yang tinggal di Ukraine. Baki yang tinggal mengatakan mereka tidak mahu meninggalkan negara itu, menurut kementerian luar Sepanyol.

    Sementara itu, tentera Rusia sedang menghampiri Kyiv dari utara dan timur laut, kata tentera Ukraine hari ini dengan kebimbangan yang semakin

    meningkat bahawa ibu negara itu boleh ditumbangkan pada hari kedua serangan Moscow.

    “Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan berlaku tanpa mereka menerima akibatnya,” kata Albares sambil mengulangi sokongan Sepanyol untuk Kyiv.

    Beliau menambah adalah jelas bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin mahu mengubah integriti sempadan Eropah tetapi mereka akan melakukan segala-galanya untuk mempertahankannya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...