Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sheikh Mohamed Presiden baharu UAE

    ABU DHABI, 15 MEI – Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dilantik sebagai Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam, sehari selepas kemangkatan Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan, 73.

    Menurut agensi berita rasmi WAM, pemimpin berusia 61 tahun itu yang melakukan tugas pentadbiran dari belakang tabir berikutan keuzuran abang tirinya sejak 2014, dipilih sebulat suara oleh pemimpin tujuh negara emiriah di UAE.

    Pelantikannya memang dijangkakan. Beliau dilantik selepas memimpin solat jenazah dan membantu menguruskan jenazah Sheikh Khalifa yang kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Bateen, Abu Dhabi, Jumaat lalu.

    Sheikh Mohamed kini menerajui secara formal tampuk pemerintahan negara dengan populasi seramai 10 juta orang itu yang kebanyakannya terdiri daripada ekspatriat.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengucapkan tahniah kepada ‘rakan lamanya’ itu, manakala Presiden Rusia, Vladimir Putin turut mengalu-alukan pelantikan beliau.

    Di bawah pimpinan Sheikh Mohamed, UAE berjaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas, menerokai planet Marikh dan membuka reaktor nuklear pertamanya, di samping menggunakan pengaruh sebagai pengeluar minyak utama bagi menggubal dasar luar yang lebih tegas.

    Bersama sekutu rapatnya, Arab Saudi, ia muncul sebagai pemimpin dalam pembentukan semula Asia Barat, antara lain menjalinkan hubungan dengan Israel dan menyertai perang menentang pejuang yang disokong Iran di Yaman.

    Sheikh Mohamed yang merupakan Putera Mahkota Abu Dhabi sejak November 2004, berpengalaman berkhidmat sebagai timbalan komander angkatan tentera dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi. – AFP

    Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) bertemu dengan presiden baharu UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Al Mushrif di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...