Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Sindiket dadah antarabangsa tumpas, 62kg dirampas

    HANOI, 8 JUN – Polis Vietnam menahan empat orang dalam operasi membanteras rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa dari Eropah ke negara Asia Tenggara, lapor Xinhua memetik Vietnam News hari ini.

    Hoang Tien Dung, 27, yang disyaki ketua kumpulan itu dilaporkan mengurus syarikat perniagaan air tulen, perkhidmatan restoran dan pengangkutan di wilayah Hung Yen, kata Jabatan Polis Siasatan Jenayah Dadah di Hanoi.

    Polis berkata perniagaan itu dilihat biasa tetapi digunakan untuk menjual dadah dan mencuci wang hasil dadah.

    Dung bersama isterinya Le Thi Huyen, 25, dituduh mengedar dadah yang disembunyikan dalam makanan dan barangan rumah dari Eropah melalui sistem pos antarabangsa.

    Turut didakwa Tran Van Tuan, 19, kerana bersubahat manakala Dao Ngoc Long, 35, sebagai orang tengah.

    Polis Hanoi, dengan kerjasama pihak berkuasa kastam bandar itu, sebelum ini merampas satu bungkusan yang dihantar dari Belanda dan satu lagi bungkusan dari Republik Czech melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai.

    Rampasan itu membawa kepada penahanan isteri ketua sindiket itu pada 4 Mei lalu dengan hampir 20kg pelbagai jenis dadah disembunyikan dalam tin bir dan mesin pembancuh kopi serta 0.13 gram dadah sintetik.

    Pasukan petugas itu kemudian menahan ketua sindiket bersama dua rakan subahat dan merampas lebih 42kg pelbagai jenis dadah yang disembunyikan dalam beg teh dan kopi.

    Polis Vietnam berkata rampasan dadah dari kargo udara yang dihantar ke negara itu meningkat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...