Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Komplot jual anak damit: 2 pegawai JPN ditahan

    PUTRAJAYA, 8 JUN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengesahkan bahawa dua pegawai jabatan itu, merupakan antara beberapa individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Lembah Klang semalam, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual anak damit.

    Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman dalam kenyataan hari ini berkata dua pegawai JPN yang ditahan SPRM itu, disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

    Beliau berkata ia hasil kerjasama strategik antara JPN dan SPRM, dengan JPN berkongsikan hasil risikan dalaman yang telah dilakukan kepada SPRM, yang membawa kepada penahanan pegawai terbabit.

    “Jabatan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM, bagi melengkapkan siasatan,” katanya dan menambah JPN sama kali tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kakitangan, yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

    Media melaporkan SPRM menahan beberapa individu termasuk doktor pakar dan pegawai JPN, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual anak damit, dengan mereka itu disyaki bersubahat menyediakan dokumen palsu, bagi membolehkan beratus anak damit tak sah taraf atau anak damit pendatang haram, didaftarkan di JPN. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...