Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Song Joong-Ki nafi gosip perkahwinannya

    Aktor popular Korea Selatan, Song Joong-ki yang bakal menamatkan zaman bujang dengan aktres Britain, Katy Louise Sanders telah mencetuskan pelbagai khabar angin susulan pengumumannya baru-baru ini.

    Memetik laporan Allkpop, ada dikalangan peminatnya mendakwa pasangan terbabit bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini.

    Bagaimanapun, pihak agensi Joong-ki telah tampil mengeluarkan satu kenyataan berhubung status dan perancangan bintang seni di bawah naungan mereka iaitu HighZum Studio, bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi tidak jelas tersebar.

    “Perkahwinan mereka masih dalam perancangan tetapi tidak akan terjadi pada Mac. Buat masa ini tiada sebarang acara yang telah ditetapkan. Mengenai kelahiran bayi, sukar untuk memberi pengesahan kerana itu urusan privasi mereka,” kata studio tersebut.

    Terdahulu, Song Joong-ki mengesahkan dirinya sedang bercinta dengan Katy Louise Saunders yang kini sudah bergelar suami isteri serta mengumumkan dirinya bakal bergelar seorang bapa. – Agensi

    Song Joong-Ki menafikan dakwaan perkahwinannya dengan Katy Sanders pada Mac tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...