Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Starfive Technology buka pusat reka bentuk pertama

    GEORGE TOWN, 20 FEB – StarFive Technology, peneraju dalam pembangunan teknologi dan ekosistem RISC-V di China akan melabur sebanyak RM250 juta bagi tempoh lima tahun akan datang untuk membuka pusat reka bentuk pertamanya di Asia Tenggara di GBS@Mayang, Pulau Pinang.

    Naib Presiden dan Pengurus Besar StarFive Technology Malaysia, Ong Chin Hu berkata Pulau Pinang dipilih sebagai destinasi bagi pengembangannya berikutan ketersediaan tenaga kerja dan status negeri itu sebagai

    Lembah Silikon yang memiliki reka bentuk litar bersepadu paling unggul di Asia.

    Beliau berkata StarFive Technology Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada Mei tahun lepas dan kumpulan itu akan terus mengembangkan pusat reka bentuknya sebagai hab inovasi bertaraf dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...