Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Suami isteri dicekup bersama 7kg heroin, 3kg ganja

    IPOH, 5 JUN – Sepasang suami isteri berusia 28 dan 29 tahun dipercayai pengedar dadah ditahan pada 12:05 tengah malam bersama lebih 7 kilogram (kg) heroin dan lebih 3kg ganja dalam serbuan di sebuah rumah di Sitiawan, daerah Manjung, semalam.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis merampas dadah dipercayai heroin seberat 7.04kg dan ganja dianggar seberat 3.05kg bernilai RM64,570.

    “Polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah selain menyita sebuah kenderaan, tujuh rantai, enam cincin, empat anting-anting serta satu subang hidung yang kesemuanya dianggar berjumlah RM72,332,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Mohd Yusri kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Mohd Yusri berkata siasatan mendapati pasangan suami isteri itu mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini manakala dadah dirampas yang dipercayai untuk pasaran negeri ini dianggarkan boleh digunakan seramai 15,600 penagih dadah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...