Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Bekas PM NZ diberi gelaran ‘Dame’

    WELLINGTON, 5 JUN – Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menerima satu daripada anugerah tertinggi negara sempena ulang keputeraan diraja hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Ardern, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Januari lalu, telah dilantik sebagai ‘Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit’ atas sumbangan beliau kepada negara.

    Ini merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup. – Bernama

     

    Gambar fail menunjukkan Jacinda Ardern bercakap semasa sidang akhbar bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Sydney pada 8 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...