Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penerbangan ke-2 jemaah haji selamat berlepas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Penerbangan kedua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4203. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 1:40 petang waktu tempatan.

    Penerbangan membawa sejumlah 254 orang bakal jemaah haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB) dan Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.

    Antara bakal jemaah haji bergambar ramai bersama ahli keluarga sebelum berlepas meninggalkan negara.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...