Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Tiga mahasiswa UNISSA sertai Ummatic Festival 3.0

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Tiga mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengikuti program Mobilisasi Mahasiswa Antarabangsa dalam Ummatic Festival 3.0 yang berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fateh, Ipoh, Perak Malaysia, baru-baru ini.

    Program itu disertai 150 peserta dari pelbagai negara termasuk Brunei, Turkiye, Singapura, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Malaysia.

    Segmen program yang dibincangkan termasuk dakwah dan pembangunan ummah; pendidikan dan kerjaya; kesihatan dan kesejahteraan ekonomi serta menyentuh mengenai hal ehwal kepenggunaan pembinaan generasi belia, beliawanis dan rakan strategik serta hal ehwal wanita dan kekeluargaan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

    Antara objektif program tersebut adalah mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah orang Islam dan melahirkan rasa kecintaan terhadap masjid sebagai pusat pengembangan ilmu serta peradaban ummah selain memupuk perpaduan dan ikatan ukhuwah, saling kenal-mengenal serta hormat-menghormati.

    Ia juga bertujuan menjadikan masjid sebagai one stop centre dan rangkaian strategik dakwah dalam kalangan ummah.

    Tiga orang mahasiswa UNISSA yang telah mengikuti program tersebut bergambar kenangan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...