Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Fernandez terlepas baki musim Chelsea

    LONDON, 26 APRIL – Pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez akan terlepas baki musim ini selepas menjalani pembedahan di pangkal pahanya kelmarin.

    Fernandez mengalami hernia selama beberapa minggu dan bergelut untuk memberikan impak semasa dibelasah oleh Arsenal, 5-0 baru-baru ini.

    Bintang Argentina berusia 23 tahun itu tidak dapat beraksi untuk enam perlawanan liga terakhir Chelsea dan ia masih perlu dilihat sama ada dia boleh pulih tepat pada masanya untuk Copa America pada bulan Jun.

    Fernandez, pemenang Piala Dunia pada 2022, adalah pemain terbaharu Chelsea yang dibelenggu kecederaan ketika kelab itu beraksi hambar dalam Liga Perdana musim ini.

    Ada kalanya, bos Chelsea, Mauricio Pochettino hanya mempunyai 12 pemain untuk dipilih, dengan pasukannya merosot di tempat kesembilan akibat masalah kecergasan dan prestasi mereka.

    Kekalahan mereka menentang Arsenal berikutan kekalahan 1-0 separuh akhir Piala FA Sabtu lalu kepada Manchester City di Wembley sekali gus menambah tekanan ke atas Pochettino.

    Fernandez, yang ditandatangani dari Benfica dengan harga £107 juta (AS$133 juta) pada Januari 2023, telah membuat 28 penampilan liga musim ini, menjaringkan tiga gol.

    “Enzo Fernandez hari ini telah berjaya menjalani pembedahan untuk masalah pangkal paha dan kini akan memulakan tempoh pemulihan, menyaksikannya diketepikan untuk baki musim 2023/24 Chelsea,” menurut satu kenyataan kelab.

    “Pemain tengah berusia 23 tahun itu akan bekerjasama dengan jabatan perubatan kelab mengenai pemulihannya di Cobham,” jelas kelab itu lagi. – AFP

    Reaksi Enzo Fernandez (tengah) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates di London pada 23 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...