Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Trump umum bertanding jawatan Presiden 2024

    WASHINGTON, 16 NOV – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan bakal bertanding semula jawatan Presiden bagi 2024, lapor Xinhua.

    “Malam ini, saya mengumumkan pencalonan saya untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat,” kata ahli Republikan itu dari pusat peranginan Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.

    Trump, 76, memfailkan pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan semalam. Pengumuman itu dibuat seminggu selepas pilihan raya separuh penggal AS 2022, dengan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi anggota Senat 100 turut dipertandingkan.

    Demokrat dijangka mengekalkan kawalan ke atas Senat dalam Kongres AS akan datang manakala tiada parti memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti dalam Dewan Perwakilan setakat malam Selasa.

    Trump berkhidmat sebagai presiden ke-45 AS dari 2017 hingga 2021. Beliau tewas kepada pencabarnya dari Demokrat, Presiden Joe Biden dalam pilihan raya presiden AS 2020.

    Minggu lalu, Biden memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding semula jawatan Presiden dan akan membuat keputusan rasmi ‘awal tahun depan.’ Pilihan raya Presiden AS 2024 dijadual berlangsung pada 5 November 2024. – Bernama

    Bekas Presiden AS, Donald Trump bercakap di Kelab Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida pada 15 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...