Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UK, Ireland bakal anjur Euro 2028

    LONDON, 22 MAC – United Kingdom (UK) dan Ireland dijangka dinamakan sebagai tuan rumah bersama Kejohanan Eropah pada 2028 tanpa bidaan daripada pesaing sebelum tarikh akhir pada minggu ini, lapor The Times semalam.

    Persatuan bola sepak England, Scotland, Wales, Ireland Utara dan Republik Ireland meninggalkan pelan untuk membida Piala Dunia 2030 pada bulan lalu dan sebaliknya memilih untuk membida Euro 2028.

    The Times berkata tidak ada bidaan baharu dijangkakan sebelum tarikh akhir esok dan badan bola sepak Eropah UEFA dijangka membuat keputusan formal pada 7 April.

    UEFA mungkin menambah kejohanan daripada 24 pasukan pada Euro 2024 di Jerman kepada 32 pasukan empat tahun kemudian tetapi tidak mungkin lima negara tuan rumah akan melayakkan diri secara automatik walaupun dalam kejohanan yang berkembang.

    Bidaan Piala Dunia 2030 sebelumnya dikritik sebagai ‘projek sia-sia’ oleh Julian Knight, penggubal undang-undang yang mempengerusikan Jawatankuasa Digital, Budaya, Media dan Sukan parlimen UK, selepas kegagalan percubaan solo oleh England untuk menganjurkan Piala Dunia 2006 dan 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...