Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Vaksin COVID Johnson & Johnson tidak lagi tersedia di AS

    LOS ANGELES, 16 MEI – Vaksin Johnson & Johnson COVID tidak lagi tersedia di Amerika Syarikat (AS), menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, lapor Xinhua.

    Semua baki stok vaksin Johnson & Johnson milik kerajaan AS tamat tempoh pada 7 Mei, menurut catatan di laman sesawang CDC.

    Agensi itu telah mengarahkan pembekal untuk melupuskan mana-mana stok yang masih tinggal, menurut peraturan tempatan, negeri dan persekutuan.

    Individu berumur 18 tahun ke atas, yang menerima satu atau dua dos vaksin Johnson & Johnson COVID disyorkan untuk menerima satu lagi dos mRNA bivalen Moderna atau Pfizer-BioNTech sekurang-kurangnya dua bulan selepas selesai dos sebelumnya, menurut CDC.

    Lebih 19 juta dos vaksin Johnson & Johnson COVID telah diberikan di AS pada 11 Mei, menurut data CDC. – Bernama

    Menurut CDC, semua baki stok vaksin Johnson & Johnson milik kerajaan AS tamat tempoh pada 7 Mei, dan bakal dilupuskan menurut peraturan tempatan, negeri dan persekutuan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...